Saturday, October 11, 2014

Week 4

Alhamdulillah dah week 4 ....minggu ni sesi bersama En Fuad....kelas bermula 3.30 petang....

En Fuad gigih memberi penerangan perihal flash @ teknik penataan cahaya pada kami..

ok ...kak zaharah sempat posing....2 in 1 sambil dengar dan sempat posing..kikiiii

Teknik Penataan cahaya

Apabila bercerita tentang fotografi, kita perlu memahami cahaya secara teknikal. Sesetengah jurufoto mampu menghasilkan karya bermutu kerana mereka mempunyai kemampuan mengenal kecantikan visual secara natural. Tapi kebanyakan kita, tak ada kemahiran ini secara automatik, tetapi ianya boleh dipelajari.

SOFTLIGHT





satu ciri Softlight adalah terserak dengan sekata.

kita boleh dapatkan softlight dibawah tempat yang teduh
mata subjek tak squint bila bawah softlight
satu cara nak dapatkan cahaya yang lembut adalah dengan memastikan sumber cahaya lebih besar dari subjek.
sebagai contoh bila hari berawan, matahari dibelakang awan.. memancarkan cahaya dan jatuh pada awan.. Cahaya menembusi awan dan terserak ke merata arah, mengisi setiap tempat pada wajah kita secara sekata… itulah softlight

Hardlight

Ada orang kata hardlight tak sesuai untuk portrait. Kenyataan ini separuh saja betul.

Kalau kita nak hasilkan portrait wajah seperti diatas, ya memang tak sesuai guna hardlight. Akan tetapi sebenarnya dalam ilmu portrait, pemahaman kepada ilmu hardlight sama penting dengan ilmu softlight. Kita banyak menggunakan hardlight dalam commercial atau portrait bersifat sport atau yang menunjukkan aggresiveness atau kekuatan. sedangkan portrait softlight lebih sesuai untuk portrait yang bersifat lembut characternya.

Selain Softlight dan hardlight, kita juga perlu memahami tentang Direction dan juga Color cast bila menggunakan cahaya dalam fotografi. Sekiranya kita tak memahami basic ini, bagaimana mungkin boleh dikatakan kita ada ilmu fotografi sedangkan fotografi itu sendiri bermaksud merakam dengan cahaya.

Untuk memahami tentang hardlight, kualiti lain lain dan bagaimana ia diaplikasikan dalam dunia fotografi sebenar, menggunakan flash, atau strobe atau cahaya semulajadi


TEKNIK PENATAAN CAHAYA STUDIO (STUDIO LIGHTING)


1. Cahaya Utama – MAIN LIGHT/ KEY LIGHT

Main light akan menjadi cahaya utama untuk subjek anda. Biasanya ia menjadi cahaya yang paling kuat dalam set anda. Ia digunakan untuk menerangi subjek dan menyerlah details. Cahaya utama adalah cahaya yang menerbitkan shadow.

2. Cahaya Fill In

Cahaya fill in biasanya kurang kuasanya dan sentiasa digunakan untuk melembutkan shadow, yang biasanya dihasilkan oleh cahaya utama. biasanya ratio yang digunakan dari 1:2 hingga lah1:9.  Cahaya dengan ratio 1:3 boleh menyerlahkan bentuk tiga dimensi subjek.

3. Background light
    
Background light pula digunakan untuk mencerahkan background.

4. Back light

Cahaya ini untuk memberikan rimlight pada subjek

5. Hairlight

untuk mencerahkan rambut, supaya berkilauan, seakan akan rambut pantene. nope, just tak mahu dia kelihatan hitam saja.

Untuk menghasilkan karya potrek, berbagai cara boleh dihasilkan. Kalau anda menggunakan flash itu adalah salah satu cara yang mudah. Gunakan teknik lantulan cahaya dari silling, dari reflektor dan sebagainya. Hasilnya tidak kurang menarik.

ok...sebenarnya en fuad nak tunjuk cara kamera ni berfungsi..

ni haa model dah sedia....kat bawah nie...
ni le model nye...amir,mat,suhaimi..shasha n faeza....tapi en fuad tak tangkap pun gambar diorg ....hahahaa...dia sibuk operate...komputer nak edit gambar....wat hal pulak...takpe,,,marilah kami yang amik gambo korang....

lamanye...tunggu en fuad nie...mcm tak siap siap...kami pun amik kesempatan hahaaaaa..


kikiiii...akhirnya..kelas tamat.....En Fuad tak dapat meneruskan penerangan kerana komputerr buat hal huhuuu..kita jumpa next week tataaaa....





No comments:

Post a Comment